Pada Rabu 15 Febuari 2012, PPMDJB Zon Pasir Gudang telah mengadakan mesyuaratnya bagi tahun 2012 bertempat di Sek. Men. Keb. Desa Jaya, Tiram. Seramai hampir 50 orang pemimpin pengakap dari sekolah - sekolah sekitar Zon Pasir Gudang hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Pn. Maslinda - Pen. Pesuruhjaya Daerah JB (Zon Timur) selaku pengerusi penaja PPMDPG
Turut hadir ialah En. Tan Chek Meng - Pen. Pesuruhjaya Negeri (Sekolah Swasta) dan En. Azhar bin Noor Rahman -Pesuruhjaya Daerah Pontian. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan perpisahan dari pentadbiran PPMDJB dan membentuk daerah pengakap baru. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang.
Kehadiran pemimpin pengakap sekitar Zon Pasir Gudang
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Maslinda
Antara jawatankuasa penaja PPMDPG
Suasana bilik mesyuarat
Pemimpin - pemimpin yang sedang mencari maklumat berkenaan pengakap
No comments:
Post a Comment